NAMA PROGRAM : HARI KEBUDAYAAN JEPUN KALI KE-9
SEKOLAH BERASRAMA
PENUH MALAYSIA
TEMPAT : SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
KUANTAN, PAHANG
TARIKH : 13-15
SEPTEMBER 2013
Bagi memperkenalkan corak kehidupan dan budaya penutur bahasa Jepun Hari Kebudayaan
Bahasa Jepun (HKJ) diadakan. HKJ merupakan
satu program yang diadakan dua tahun sekali anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster,
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia dan Yayasan Jepun Kuala Lumpur(JFKL).Kebolehan
dalam memahami dan mempraktikkan penggunaan bahasa Jepun ini diharapkan membawa
manfaat kepada pelajar untuk mendalami ilmu khususnya ketika melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
Setiap sekolah yang terlibat menghantar seramai enam
orang peserta bersama seorang guru pengiring kecuali SBP dari Sabah, Sarawak dan
Labuan yang menghantar empat orang pelajar ditemani seorang guru pengiring.
Lebih daripada 300 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari seluruh negara mendalami bahasa dan budaya Jepun di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang baru-baru ini. Hari Kebudayaan Bahasa Jepun SBP kali ke sembilan itu mampu menjadi wahana bagi mempertingkatkan minat serta penguasaan para pelajar terhadap bahasa dan budaya Jepun melalui aktiviti yang diatur selama tiga hari dua malam.

Tema pada tahun ini ialah "Let's learn,use and excel in Japanese/ Belajar guna dan berjaya dalam bahasa Jepun/"Nihonngo de manabu, tsukau soshite nihongo wo jouzuni shimashou.
"Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut. Pertandingan “Let's Speak Japanese” merupakan peluang pelajar untuk menggunakan bahasa Jepun dalam aktiviti yang disediakan mengikut stesen. Antara aktivitinya adalah “tango sagasu” (mencari perkatan), “aisatsu no kotoba”( perkataan sapaan) dan “mono kakunin” (mengenal barang).
Selain itu terdapat enam aktiviti pembengkelan mengenai budaya Jepun iaitu “Origami” (seni lipatan kertas), cara memakai “yukata”(kimono musim panas), Furoshiki (seni lipatan kain), “Shodo” (seni kaligrafi Jepun), “Nihon buyou” (tarian tradisional Jepun) dan menyediakan makanan tradisional Jepun iaitu “maki sushi” (sushi yang digulung).

Majlis Malam Tautan Kasih dan Majlis Perasmian
merupakan kemuncak acara di mana semua hadir dipersembahkan dengan persembahan
budaya negeri Pahang dan budaya Jepun.
Para guru dan pelajar yang terlibat.
Pn Rohana binti Ahmad
Ramlly
| |
Pn Juliana binti Madon
| |
1
|
Puteri Inderakusumowati
Binti Md Khalid
|
2
|
Najeha Natasya Binti Mohd
Najib
|
3
|
Nuurfatihah Nazihah Binti Sakhon
|
4
|
Danish Aiman Bin Abd Majid
|
5
|
Edrin Firdaus Suhazzli Bin
Eddy Fairuz
|
6
|
Ahmad Firdaus Bin Ghazali
|
Laporan oleh:
Rohana Sensei
Salah satunya "Sekai ni hitotsu dake no hana" nyanyian kumpulan SMAP.
Mari nyanyi bersama sensei....
No comments:
Post a Comment